DUNGUN: Dua lelaki ditahan kerana dipercayai memiliki tiga laras senapang angin buatan sendiri serta 11 butir peluru hidup dalam satu serbuan di sebuah bengkel kereta di Alur Tembesu, di sini.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, tangkapan dua suspek berkenaan dilakukan kira-kira 4.20 petang, Rabu lalu.
"Hasil pemeriksaan lanjut di bengkel tersebut pihak polis menemui dan merampas tiga laras senapang angin yang dua daripada senapang tersebut baru 70 peratus siap serta masih dalam proses pembuatan.
"Turut dirampas ialah dua tabung angin, sebuah tabung gas peti sejuk dan dua batang besi yang digunakan untuk membuat senapang angin selain 11 butir peluru hidup," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun di sini hari ini.
Baharudin berkata kedua-dua suspek, masing-masing berusia 20 dan 37 tahun itu dipercayai dalam proses membuat senapang angin sendiri dengan berpandukan selaras senapang jenis itu yang dibeli dua tahun lalu.
"Berdasarkan siasatan awal dipercayai senapang angin yang telah siap itu dibeli daripada seorang individu dengan harga RM300 dan kali terakhir senapang itu digunakan adalah pada awal tahun lepas, manakala peluru hidup pula dipercayai dibeli daripada individu lain yang mempunyai lesen senjata api," katanya.
Katanya, polis juga merampas dua jenis dadah iaitu syabu seberat 0.70 gram dan pil kuda seberat 0.68 gram bersama wang tunai berjumlah lebih RM1,000 dalam serbuan berkenaan.
Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah jenis syabu namun tidak mempunyai sebarang rekod lampau.
"Kesemua suspek telah ditahan reman sehingga Rabu ini bagi melengkapkan siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Nur Fazlizai Ali
Sun Mar 07 2021
Suspek dipercayai dalam proses membuat senapang angin sendiri dengan berpandukan selaras senapang jenis itu yang dibeli dua tahun lalu. - Bernama
Sudirman wajar diberi pengiktirafan lebih besar - Sahabat
Tarikh 25 Mei ini sangat penting dalam sejarah muzik negara untuk diabadikan, kerana pada hari itulah lahirnya Allahyarham Sudirman.
Suara Rakyat: Bayar ansuran rumah sejak 2008 rumah masih terbengkalai
Seramai 70 orang pembeli rumah di Taman Khazanah Indah dekat Lahad Datu terpaksa menanggung bayaran ansuran bulanan rumah sejak 2008 namun rumah mereka masih terbengkalai.
Pengerusi Persatuan Pembeli Taman Khazanah Indah, Sultan Abdullah berkata pihaknya meminta pihak kerajaan untuk campur tangan.
Pengerusi Persatuan Pembeli Taman Khazanah Indah, Sultan Abdullah berkata pihaknya meminta pihak kerajaan untuk campur tangan.
Penerbit Call of Duty, Meta disaman ibu bapa mangsa serangan bersenjata di Amerika
Activision Blizzard disaman kerana menerbitkan permainan video Call of Duty yang didakwa digunakan untuk mengiklankan senjata Daniel Defense.
HAWANA 2024: Penubuhan GKMM pamer pencapaian signifikan
Penubuhan Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) membabitkan 14 kelab media seluruh Malaysia, amat signifikan dengan sambutan HAWANA yang bertujuan mengiktiraf peranan dan tanggungjawab profesion wartawan.
Carian Google AI Overview untuk topik tertentu dimatikan kerana terlalu banyak silap
Minggu ini, AI Overview mula menawarkan jawapan yang penuh kesilapan, antaranya, mengatakan Barack Obama beragama Islam.
AWANI-RareTV: Mengembara ke perut glasier terbesar di Eropah
Suasana yang luar biasa menakjubkan! Tapi untuk masuk ke alam air batu ini, persediaan harus cukup.
Peluang Malaysia akhiri kemarau 33 tahun
Skuad negara akan berentap dengan musuh tradisi itu pada final Piala Dunia Sepak Takraw di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur jam 3 petang ini.
Zii Jia tak sabar nak jumpa Axelsen
Pemain di ranking nombor 10 dunia itu juga mengisytiharkan dirinya cergas untuk beraksi petang ini selepas mengalami kecederaan pada Jumaat.
Hasrat Pas tanding kerusi Bersatu akan dibawa ke mesyuarat PN
Ronald Kiandee berkata, mesyuarat kepimpinan tertinggi PN akan diadakan dalam masa terdekat.
Plymouth Argyle pertaruh magis Rooney
Rooney menggantikan Ian Foster yang dipecat pada April selepas hanya tiga bulan memegang jawatan itu.
Warga emas didakwa tembak kucing jiran sampai mati
Tindakan seorang warga emas menembak seekor kucing milik jirannya sehingga mati, membawa padah apabila dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka hari ini.
Padah hasilkan senapang angin, pistol tiruan selepas belajar di YouTube
Selain dadah, polis menemui tiga laras senapang angin, sepucuk pistol tiruan, balang gas yang diubah suai dan gari serta anak kunci.
Dua beranak ditahan tembak kucing jiran guna senapang angin
Tidak tahan kucing betina milik jiran masuk rumah, warga emas dan anaknya membunuh haiwan itu.
Maritim gagalkan cubaan seludup lima senapang angin
Rampasan dilakukan jam 7.20 malam Selasa hasil maklumat risikan dan intipan di perairan Batu Pahat.
Polis Melaka tahan lelaki jual senapang angin
Suspek berusia 37 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 1.15 tengah hari hasil risikan pihak polis.
Empat lelaki direman miliki senapang buatan sendiri di Rembau
Kesemua mereka yang berusia 31 hingga 45 tahun itu ditahan antara 10.45 malam dan 12 tengah malam.
Pemandu kren ditahan miliki dua senapang angin buatan sendiri
Seorang pemandu kren ditahan kerana memiliki dua laras senapang angin buatan sendiri dalam serbuan di Rumah Awam Lubok Redan, Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah.
Lelaki miliki dadah, senapang angin ditahan
Pemeriksaan ke atas lelaki berusia 27 tahun sekitar jam 1.30 petang itu turut menemui dadah jenis syabu seberat 0.2 gram.
Rompak: Guna senapang angin, ancam penyelia taska
Kejadian berlaku pada pukul 9.30 pagi Selasa dan suspek telah mengarahkan mangsa menyerahkan wang sambil mengacu senapang angin di kepala mangsa.
Ujian DNA sahkan identiti wanita ditembak suami
Keputusan DNA itu baharu diperoleh malam ini dan difahamkan keluarga mangsa telah menuntut jenazah wanita tersebut.